nak post resepi snow cheese da yg di buat musim haji lepas.. sehari dh abehh potong sana sini sedekah licin.. ujong2 NGap sayot heehe...
utk pengetahuan@ tip bg da utk kek yg lembut dan ringan kena pakai self raising flour & tmbh 1/2 sd teh bp..ovelette juga main peranan..melalut dh da tok jum tga resepi nya di ambil dr Izahdaut@IML
Kek Snow Cheese
Loyang 9x9
da buat bhn 1-1/2
- 6 biji telur ayam (buang 2 putihnya)da guna 9 biji telor buang putih 3 biji
- 100 gram gula halus-da guna 150g
- 100 gram tepung hong kong(blue key superfine boleh juga)-jika guna tepung naik sendiri tak perlu letak baking powder-
- 60 gram tepung jagung (maizena)
- 50 gram air sejuk (dr peti ais)
- 1 sudu teh baking powder
- 2 sudu makan ovelet
- 75 gram mentega (dicairkan)
- izah tambah esen vanilla
- UNTUK KRIM
- 1 kotak cream cheese philadelphia
- 1/2 tin susu pekat manis- izah letak sekadar manis pada selera
- (satukan kedua bahan & putar sehingga tidak berketul2.
- UTK TOPPING
- 1/2 kotak kraft cheddar cheese (parutkan)
Dicadangkan parut halus supaya kek tidak muak ketika dimakan.
HaSue guna topping ini:
250ml whipping cream-pukul hingga agak kental
250 cream cheese
cara: gaulkan dua bahan guna teknik kaup balik
Cara-cara:
1. Masukkan semua bahan2 kecuali mentega cair dan putar.
2. Putar dengan kelajuan sederhana sehingga pekat & putih.Akhir sekali masukkan mentega cair.Putar lagi sehingga sebati dan pekat.
3. Sediakan acuan yang telah dialas dgn kertas minyak atau yang telah disapu dgn sedikit butter.
4. Bakar dalam acuan dengan menggunakan api atas dan bawah selama 45 minit ke 1 jam, dengan kepanasan 150C.
*izah bakar kek menggunakan kaedah waterbath
5. Bila sudah masak biarkan sejuk. Bila dah sejuk, ambil pisau kek dan potong di tengah-tengah kek supaya menjadi dua bahagian.
*izah potong kek menggunakan benang
6. Sapukan krim cheese di atas separuh kek tadi, kemudian letakkan sebahagian lagi kek di atasnya.
7. Sapukan lebihan krim cheese sehingga menutupi seluruh kek.
8. Akhir sekali taburkan cheese kraf yang telah diparut tadi keseluruh kek sebagai toppingnya.
selamat mencoba;)
No comments:
Post a Comment