BISKUT ICE ICE BABY NESTUM
Bahan
250 g mentega
90g gula halus(DA guna 2 sd mkn)
1 biji kuning telur
1 sudu makan vanila
100g nestum (dikisar)
300g tepung gandum
Topping
1 sudu makan Meringue Powder
1/4 cawan air sejuk
6 sudu makan gula icing
1 sudu makan tepung jagung
1 botol perisa cuppucino (utk hiasan)(DA guna strawbery emulco)
Cara membuatnya :
Pukul mentega dan gula sampai kembang
Masukkan kuning telur, tepung jagung, tepung gandum, nestum dan vanila. gaul sampai sebati
Bentukkan menggunakan penerap bulat dan terap nipis.
Untuk topping :
Pukul meringue powder dan air sehingga kembang
Masukkan gula aising dan pukul kembang lagi
Masukkan tepung jagung dan kacau sehingga sebati
Untuk memasaknya :
Selepas biskut diterap menggunakan acuan, susun ke dalam loyang
Pipingkan topping ke atas biskut menggunakan piping bag.
Coretkan cappucino paste ke atas topping mengikut corak anda sendiri
Bakar 40 minit sehingga masak dengan suhu 130 celcius dgn menggunakan api atas dan bawah
Topping Ice Nestum guna putih telur :
50 ml putih telur
150gm icing sugar
1 sudu tepung jagung..
Pukul putih telur tu sampai kembang
Pastu masukkan icing sugar.. pukul sampai foamy.
gaul dgn tepung jagung.. make sure bila diangkat dgn sudu, adunan tak jatuh.
tip: adunan icing blh la di double triple sebab x cukup utk adunan base biskut.
slmt mencoba ;)
No comments:
Post a Comment